Isu dan kontroversi Abdul_Razak_Baginda

Kapal selam scorpene

Kemudian pada tahun 2002 pula,namanya disebut dalam Parlimen Malaysia kerana menjadi broker atau orang tengah di atas pembelian kapal selam Scorpene oleh Tentera Laut Diraja Malaysia di dalam satu perjanjian yang bernilai ASD 800 juta. Perundingan ini telah dijalankan menerusi satu syarikat Malaysian, Perimekar Sdn Bhd, untuk membeli dua buah kapal selam Scorpene dan satu kapal selam terpakai bernama Agosta yang dihasilkan oleh kerajaan Perancis di bawah satu usahasama Perancis-Sepanyol, Armaris. Pada masa itu Perimekar telah dimiliki oleh satu syarikat bernama Ombak Laut, yang dimiliki sepenuhnya oleh Abdul Razak. Kontrak itu dilihat tidak kompetitif kerana Menteri Pertahan Malaysia telah membayar €1 bilion (RM4.5 bilion) kepada Amaris untuk tiga kapal selam tersebut, yang mana Perimekar telah menerima komisyen sebanyak €114 juta (RM510 million). Timbalan Menteri Pertahanan, Zainal Abidin Zin telah memberitahu Dewan Rakyat, bahawa duit berkenaan telah dibayar bagi khidmat "sokongan dan koordinasi" walaupun bayaran yang telah dibayar naik mendadak sebanyak 11 peratus daripada harga jualan kapal selam berkenaan.[3]

Rujukan

WikiPedia: Abdul_Razak_Baginda http://www.asiasentinel.com/index.php?option=com_c... http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite.... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p244751633 http://isni.org/isni/000000037502566X https://nla.gov.au/anbd.aut-an35276323 https://www.idref.fr/129823430 https://id.loc.gov/authorities/names/n90671966